| Universiti Putra Malaysia

Buku Transformasi Kepimpinan IPT di Malaysia terbitan Penerbit UPM dilancarkan

Oleh: Nurnadhira Mahidin

Foto: Marina Ismail

SERDANG, 11 Ogos – Buku Transformasi Kepimpinan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia yang diterbitkan oleh Penerbit UPM dilancarkan oleh Pengerusi Majlis Profesor Negara, Tan Sri Zakri Abdul Hamid.

Beliau juga merupakan Penasihat Sains Perdana Menteri berkata, buku tersebut adalah yang pertama yang membincangkan secara kritis mengenai transformasi kepimpinan IPT di Malaysia.

Buku itu mengumpulkan artikel daripada lima tajuk yang dipersembahkan dalam Wacana Akademia. Penulis seramai 15 orang panel yang terdiri daripada pemimpin akademik peringkat kementerian, universiti dan institusi. Editor buku berkenaan adalah Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain dan Editor Bersama dari Jabatan Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato' Dr. Norzaini Azman.

Majlis pelancaran buku itu dibuat Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan pada majlis Wacana Akademia Transformasi Kepemimpinan Institusi Pendidikan Tinggi Di Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKePT) menganjurkan Program Wacana Akademia untuk membincangkan soal transformasi kepimpinan yang menjadi asas kepada kecemerlangan IPT di negara dalam cabaran 4.0.

“Dalam tempoh kita berhadapan dengan impak era digital ini, kepimpinan IPT perlu membuat penjajaran yang bersesuaian selari dengan tuntutan semasa dan kepimpinan IPT mesti membuat perancangan teliti dengan mengambil kira bagaimana untuk menangani cabaran akan datang bukan terhimpit kepada isu semalam dan hari ini,” katanya.

Sementara itu, forum ‘Transformasi Kepimpinan IPT di Malaysia Dalam Cabaran Universiti 4.0’ membincangkan tentang transformasi kepimpinan yang menjadi asas kepada kecemerlangan IPTA dan kemunculan Revolusi Industri 4.0 yang membuka pendebatan bagaimana kepimpinan IPT diperlukan.

 

Turut hadir, Pengarah LPU UPM, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Pengerusi Lembaga Penasihat AKEPT, Tan Sri Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), IPTA, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail, dan Ketua Pegawai Eksekutif,  Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dato’ Dr. Raduan Che Rose. - UPM

SXETWA7~