| Universiti Putra Malaysia

Buku ‘Rubrik Penaksiran Kemahiran Insaniah’ bantu pelajar di alam pekerjaan

Oleh Nur Azimah Ibrahim



SERDANG, 1 Dis (UPM) – Universiti Putra Malaysia melancarkan buku ‘Rubrik Penaksiran Kemahiran Insaniah’ yang telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh di Dewan Besar, PKSSAAS, UPM.

Buku yang ditulis oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan dan Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM merupakan penerbitan pertama dalam negara yang mengukur pencapaian insaniah pelajar.

Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi berkata kaedah penaksiran kemahiran insaniah perlu digunapakai untuk mengukur pencapaian kemahiran insaniah pelajar.



“Dengan adanya buku ini dapat membantu pelajar mengaplikasikan semua elemen kemahiran insaniah supaya menjadi lebih marketabale dan meningkatkan keyakinan diri mereka bagi menempuh alam pekerjaan kelak,” katanya.

Buku yang diterbitkan oleh Bahagian HEPA UPM ini memberikan penumpuan kepada kepentingan kemahiran insaniah serta pengaplikasian kemahiran tersebut dapat membantu pelajar lebih kompetetif dan berdaya saing.



Menurutnya lagi buku ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua pembaca terutamanya pelajar serta tenaga pengajar di pelbagai peringkat seperti rendah, menengah dan universiti.

“Buku ini turut menyediakan garis panduan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam setiap elemen yang dipelajari bagi tujuan penambahbaikan dari masa ke semasa,” katanya.

Antara elemen yang dibincangkan adalah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan nilai profesional serta kemahiran kepimpinan.

 


WXDdFAq~