| Universiti Putra Malaysia

Buddies Association UPM Menganjurkan Hari Kebudayaan Malaysia


SERDANG, 25 Nov - Lebih daripada 150 pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Xiamen, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan KDU Universiti menghadiri program Hari Kebudayaan Malaysia yang dianjurkan oleh Buddies Association UPM.

Acara yang diadakan di Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM, dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM), Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

 

Beliau kemudiannya melawat ruang pameran rasmi diiringi oleh pengarah pelajar Hari Kebudayaan Malaysia, Izaz Emyra Rohimmi.

Kebudayaan dan tradisi dari setiap negeri di Malaysia termasuk makanan, permainan tradisional, tarian dan pakaian tradisi telah dipamerkan pada Hari Kebudayaan Malaysia.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar antarabangsa terhadap seni dan budaya Malaysia. Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi para pelajar yang terlibat.

 

Ia adalah program utama kali kedua Buddies Association tahun ini, selepas kejayaan program perintis pada tahun lepas.

Buddies Associate UPM terdiri daripada sukarelawan dengan matlamat untuk membantu mengasimilasi dan mengantarabangsakan pelajar antarabangsa yang belajar di UPM. - UPM

SXETHAz~