| Universiti Putra Malaysia

Bazar pertanian anjuran pelajar semester akhir Bacelor PSP


SERDANG, 13 Mei – Seramai 31 pelajar semester akhir Bacelor Pendidkan Sains Pertanian, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) menganjurkan Program Bazar 2016 yang dikenali sebagai Bazar Pertanian FPP.

Timbalan Dekan FPP, Dr. Soaib Asimiran berkata program tahunan anjuran FPP itu bertujuan mempromosi dan memasarkan produk pertanian yang dihasilkan sendiri oleh pelajar tahun akhir FPP.

“Program ini dapat membantu pelajar untuk memupuk kemahiran keusahawanan dalam merancang perniagaan mempromosikan produk dan memberi latihan menguruskan aliran kewangan dengan baik .



“Antara produk yang dijual ialah ayam pansuh, serunding, ayam madu, air buah,cendol, ayam marinate, anak pokok, cendawan, buah-buahan dan sayur- sayuran,” katanya semasa merasmikan program itu.

Selain bagi memenuhi subjek pengajaran Pengurusan Agroteknologi, program itu juga menjadi medium untuk mempromosikan dan menjual hasil ladang yang diusahakan.


 


SXDdFAR~