| Universiti Putra Malaysia

Bayangan wajah ibu bapa pembakar semangat untuk genggam ijazah

Oleh:Kavitha A/P Gnanavelan
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia  

SERDANG, 11 JAN – Menjadikan kematian ibu bapa sebagai pembakar semangat kepada Sufiah Saiful Bahari, 25, untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian beliau dalam Bacelor Sains (Kepujian) Matematik pada Majlis Konvokesyen ke-44 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik telah hilang kedua-dua ibu bapanya.

Pemergian ibunya disebabkan oleh penyakit Systemic Lupus erythematosus (SLE), manakala bapanya meninggal dunia disebabkan oleh penyakit buah pinggang.

Kehilangan ibu bapanya akibat sakit telah menjadi cabaran kepada beliau namun itu bukan satu halangan untuk beliau terus berjuang demi masa hadapan.

“Saya pernah melalui kekangan kewangan sebelum masuk ke universiti kerana keadaan saya yang tidak stabil tetapi saya tidak berputus asa kerana adalah impian saya untuk memperoleh ijazah,” katanya.

Tambah beliau, dengan bantuan jiran, kakak dan abang serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM telah sedikit sebanyak meringkan bebanan beliau sewaktu melanjutkan pengajian di UPM.

Sufiah juga seorang pelajar yang aktif semasa di UPM serta ahli jawatankuasa di Kolej Kelima, UPM.

Bukan itu sahaja, Sufiah juga mempunyai perniagaan sendiri iaitu menjual kudapan seperti cookies, kek, dan kuih tart untuk menjana pendapatan beliau meskipun masih bergelar sebagai seorang pelajar.

Usaha beliau ini memberi kebahagiannya kepada Sufiah kerana sedikit sebanyak dapat membantu keluarganya dengan baik.

“Saya sentiasa mengingati arwah ibu bapa saya sebelum saya saya melalukan sesuatu antaranya belajar, menganjurkan program serta menjalan perniagaan saya ada apabila saya membuat perkara itu saya berasa bermotivasi untuk melakukan dengan lebih baik,”  katanya.

Selain itu, beliau turut menasihati kepada semua pelajar di UPM agar selalu menyayangi ibu bapa dan menghargai mereka selagi mereka masih ada.

Beliau juga menegaskan kepada pelajar di UPM agar menjadi pelajar yang mempunyai minda yang positif, menjalankan tugasan dengan baik dan tidak menangguh untuk menghadiri kelas. – UPM

WXEREA7~