| Universiti Putra Malaysia

Azam jadi pendidik berdedikasi - Mohd Khairul Amrie, atlet ragbi

Oleh: Law Kai Wei
Pelajar Bacelor Pengajian Pengguna, FEM

SERDANG, 9 Jan – Atlet Ragbi, Mohd Khairul Amrie Jafree, 26, memperoleh Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) pada Majlis Konvokesyen ke-44 Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Menurut beliau, keluarganya telah banyak memberi sokongan serta dorongan kepada beliau terutamanya arwah ibu beliau.

“Peristiwa kematian ibunya pada tahun 2017 akibat penyakit diabetes telah memberi impak besar kepada dirinya untuk menjadi lebih gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan beliau,” katanya.

Mohd Khairul Amrie berkata, beliau berasal dari keluarga yang sederhana namun beliau masih bersungguh-sungguh menghabiskan pelajaran serta antara cabaran terbesarnya adalah dari aspek kewangan kerana pengajian beliau di universiti adalah daripada bantuan keluarganya.

“Saya perlu berjimat cermat bagi meneruskan kelangsungan saya di universiti dan saya bersyukur kerana kemudiannya berjaya mendapat Biasiswa Sukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi di tahun kedua pengajian saya,” katanya. 

Tambah beliau, subjek Pendidikan Jasmani banyak mengajar individu tentang pengurusan masa dan disiplin serta masa antara waktu kelas atau aktiviti adalah sangat padat.

“Kuliah saya berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan waktu malam adalah untuk latihan,” katanya.

Beliau sempat titipkan pesanan kepada pelajar UPM iaitu kunci untuk mengatasi segala cabaran dalam pengajian adalah pentingnya pengurusan masa dan disiplin.

Selain itu, beliau turut mewakili Malaysia dan mendapat pencapaian yang tinggi selama tiga kali melalui Asia Ragbi Seven Series dari tahun 2016 sampai 2018.

Pada tahun 2018 merupakan pertandingan terakhirnya di Hong Kong dan beliau telah berjaya mewakili Malaysia.

Beliau dijangka akan bertugas sebagai pendidik pada bulan April ini telah menanam keazaman untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi serta berusaha untuk melahirkan atlet yang lebih baik daripada dirinya. - UPM

SXEaAAO~