| Universiti Putra Malaysia

ATLET KARATE BUKTIKAN KEJAYAANNYA BUKAN PADA SUKAN SAHAJA

Oleh: M. Amiruddin Aziz
Pelajar Bacelor Komunikasi 

SERDANG, 11 Januari – Graduan Bacelor Sastera Kesusasteraan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Priyanshankari Hari Sankar, 26, berjaya menggenggam segulung Ijazah pada tempoh lazim (Graduate-on-Time – GOT) di keadaan jadualnya yang padat.

Atlet Karate Kebangsaan itu menyatakan keterujaannya dapat bergraduasi setelah tiga tahun berjuang menghabiskan pengajiannya.

Katanya, kerana minat terhadap sukan tersebut mendorong beliau untuk berusaha dengan gigih dalam kerjaya sukan dan akademik.

“Sebelum ini saya berada di sekolah sukan yang hanya fokus kepada sukan tetapi di UPM bukan sahaja fokus pada sukan malah akademik, kokurikulum dan pelbagai aktiviti di dalam atau di luar kampus perlu diseimbangkan,” katanya.

Priyanshankari berkata beliau dapat belajar banyak perkara baharu dan pengurusan masa semasa melanjutkan pengajian beliau di UPM.

“Sebagai seorang pelajar dan juga atlet pada masa yang sama saya akui pelbagai kekangan dan cabaran yang perlu ditempuhi bagi bergelar seorang pelajar dan sikap untuk kekal cekal dan profesional adalah sangat diperlukan untuk terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan,” katanya.

Pencapaiannya beliau sepanjang di UPM yang paling dibanggakan adalah pada Asean University Games, Macao, China (Pingat Perak), diikuti empat kali Pertandingan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) (Pingat Emas), Pertandingan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) (Pingat Emas) dan Malaysian Karate Championship, Kazakhstan baru-baru ini serta keputusan yang memuaskan dalam sukan olahraga.

Anak kedua dari tiga orang adik-beradik  yang turut adiknya juga seorang atlet kebangsaan, Sureeya Sankar berasa berpuas hati dengan pencapaiannya sepanjang di UPM. Beliau telah membuktikan dirinya sebagai atlet bukan hanya perlu cemerlang dalam sukan sahaja tetapi juga dalam akademik.

“Saya telah dididik sejak dari kecil untuk menguruskan masa saya, mengimbangi antara sukan dan pelajaran dan disebabkan itu juga saya berjaya menghabiskan bacelor saya tanpa tercicir mana-mana subjek atau latihan” katanya.

Beliau menyampaikan pesanan kepada pelajar UPM yang masih belum bergraduat agar rebut segala peluang yang ditawarkan di UPM dan memanfaatkannya sebaik mungkin.

“Cuba sehabis baik untuk mengurus masa anda, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya, “ katanya. - UPM

SXETXAV~