| Universiti Putra Malaysia

Asasi Education Fair jadi acara tahunan untuk mempromosikan ASPer


Serdang, 28 FebAsasi Sains Education Fair yang diadakan buat julung kalinya akan menjadi acara tahunan Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer), Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mempromosikan pengajiannya kepada pelajar aliran sains, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah ASPer, Prof. Dr. Mahiran Basri berkata program itu dapat menyuntik semangat pelajar sekolah membuat persediaan rapi dalam peperiksaan SPM selain memberi informasi awal program ASPer dan ASPer Laluan Pantas yang ditawarkan oleh UPM.



“Program ini membantu bakal pelajar ASPer dan pelajar ASPer Laluan Pantas mendapat informasi terkini tentang peluang melanjutkan pengajian ke program-program bacelor selepas ASPer yang ditawarkan melalui taklimat wakil fakulti.

“Seramai 1000 orang yang terdiri daripada pelajar ASPer, Alumni ASPer, pelajar  sekolah di sekitar UPM, sekolah angkat UPM, sekolah angkat fakulti  dan penduduk sekitar Serdang telah menghadiri program ini,” katanya.

Sebanyak 13 buah fakulti, Pejabat Pemasaran & Komunikasi (MarComm), Bahagian Akademik dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengadakan pameran lot masing-masing di Dataran Kompleks Akademik E, UPM mulai jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.



Pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Cheras Perdana, Sopia Novialina berkata bidang Sains Perubatan yang ditawarkan oleh UPM menjadi salah satu bidang yang ingin dipelajarinya pada masa akan datang.

“Dengan adanya Asasi Sains Education Fair ini, saya memperolehi maklumat lengkap berkenaan pengajian Sains Perubatan di UPM dan syarat kemasukan.  Saya akan membuat persediaan awal supaya boleh melanjutkan pengajian ini di UPM pada masa akan datang,”katanya.



Pelajar Tingkatan 5, Sekolah Menengah Tinggi Kajang, Chen Chuan akan memilih UPM sebagai universiti pilihannya yang pertama pada masa akan datang.

“Setelah mendengar taklimat dari Bahagian Akademik, saya dapati banyak fakulti yang boleh saya belajar selepas menamatkan program Asasi Sains Pertanian UPM,” katanya.


Program diserikan dengan acara cabutan bertuah berupa sebuah basikal Faxie yang berjaya diperolehi oleh pelajar ASPer semester akhir, Ahmad Fauzi Mohamad Rodzi


SXDdWAK~