| Universiti Putra Malaysia

Ang Mei Foong terima anugerah Ordine della Stella D'Italia, l'onorificenza Cavaliere

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Pensyarah Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Ang Mei Foong menerima anugerah ‘Ordine della Stella D'Italia, l'onorificenza Cavaliere’ (The Order of Star of Italy, with the conferment of Knighthood) yang ditandatangani Presiden Itali.

Ia disampaikan oleh Duta Besar Itali ke Malaysia, Christiano Maggipinto di sini hari ini.

Penerimaan anugerah itu melayakkannya menerima gelaran "Cavaliere" (Cav.) dalam urusan rasmi di peringkat antarabangsa.

Beliau melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Itali atas pengiktirafan itu, serta pendidikan dan latihan yang diterimanya dalam muzik Soprano. - UPM

SXDdSAw~