| Universiti Putra Malaysia

Alumni aset penting sumbang kecemerlangan UPM


SERDANG, 16 Okt–  Alumni adalah asset penting yang menyumbang kepada kecemerlangan UPM, kata Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd. Rashdan Baba yang merupakan mantan Naib Canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

“Sehubungan itu, alumni dipelawa untuk membantu pembangunan alma mater melalui pelbagai program alumni bersamaf akulti dan kolej yang boleh menjana pendapatan.

“Saya berharap alumni kembali ke UPM untuk menyumbang dalam apa jua bentuk kepada pembangunan pelajar,” katanya dalam ucapan merasmikan majlis Apresiasi Mentari Serdang bagi meraikan alumni tahun 1974, 1975 dan 1976 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.



Seramai 365 alumni yang diraikan ialah pemegang Diploma Pertanian seramai 341 orang, Diploma Sains dengan Pendidikan (20 orang), Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan (seorang), Diploma Sains (seorang) dan Diploma Teknologi Rumah Tangga (dua orang).

Beliau berkata sandaran tinggi diletakkan di bahu alumni UPM yang berperanan sebagai majikan, sumber kepakaran, penyokong universiti dan duta UPM di dalam dan luar negara.

Sementara itu Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, “Majlis Apresiasi Mentari Serdang bertujuan merapatkan hubungan alumni daripada pelbagai generasi. Perkongsian ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yang disalurkan oleh mereka ini di harapkan dapat dicontohi betapa cinta nya alumni generasi awal terhadap UPM,” katanya.

Beliau berkata kepulangan alumni ini dapat mengembalikan rasa  ‘sense of belonging’ umpama sireh pulang ke gagang dan berupaya membina hubungan yang lebih erat antara universiti dan para alumni.

“Saya berharap majlis seumpama ini akan menjadi platform kepada alumni lain untuk kembali menyumbang kepada universiti dalam apa juga bentuk sumbangan. Universiti telah menubuhkan Dana Wakaf ilmu atau Endowmen UPM bagi memupuk rasa prihatin masyarakat dan alumni terhadap pembangunan ilmu dan sumber manusia negara,” katanya.



Dato’ Ir. Dr. Radin Umar berharap untuk jangka panjang, sumbangan para alumni ke Dana Wakaf Ilmu atau Endowmen UPM itu akan dimanfaatkan untuk pentadbiran universiti dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan untuk menambah ilmu pengetahuan, kepada pembangunan negara.

Seramai 365 graduan warga emas berusia 56-65 tahun Kolej Pertanian Malaya (sebelum bertukar ke Universiti Pertanian Malaysia) tahun 1974, 1975 dan 1976 akan diraikan untuk menerima anugerah Diploma pada majlis rasmi.

Antara aktiviti yang dijalankan sebelum majlis itu ialah pertandingan golf, lawatan kampus, forum mengenai nostalgia, bacaan tahlil dan doa selamat serta majlis makan malam. Turut menghadiri majlis ialah Presiden Persatuan Alumni, Anas Ahmad Nasarudin.


Berita ini disediakan oleh Khairul Anuar Muhamad Noh,  03-89467429 / Foto oleh Marina Ismail, 03-89468985, MarComm.

SXETUAt~