| Universiti Putra Malaysia

Adik beradik tunai impian arwah ayah di sebalik kekangan kewangan

Oleh Thiviyah Manicam

 

SERDANG, 6 Okt – Sepasang adik beradik menunaikan impian arwah bapa dengan berjaya menggenggam ijazah dan diploma serentak pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-41 di sini hari ini.

Nurul Izati Wagimin, 25, meraih ijazah Bacelor Sains Perhutanan dan adiiknya Nurul Fittri Wagimin, 21, pula meraih Diploma Perhutanan, merasa sangat bersyukur impian ayahnya untuk melihat mereka menamatkan pengajian di universiti terlaksana.

“Sedih kerana tidak dapat berkongsi saat gembira ini bersama arwah ayah”, kata Nurul Izati dengan nada sebak mengenai ayah mereka, Wagimin Othman yang meninggal dunia kerana pendarahan otak.

Kakaknya Nurul Izati yang mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sanggup menggunakan sebahagian biasiswanya untuk membantu adiknya Nurul Fittri yang bergantung kepada pinjaman PTPN bagi meringankan kewangan ibu mereka, Rubiah Wahab, seorang suri rumah.

Nurul Fittri berkata sebagai adik, dia perlu lebih gigih dalam akademik kerana kakaknya, Nurul Izati sering menjadi inspirasi dalam keluarga dan menanggung pembelajarannya.

SXDdOAx~