| Universiti Putra Malaysia

Adik-beradik Kadazan-Dusun konvo serentak

Oleh Arivaasaran Arjunan dan Nurkhairina Solehah Saiful Anuar (PCCR)


SERDANG 17 Nov - Pasangan adik-beradik, Joanita Jonis, 23 dan Jacynthia Jonis, 21 merakam detik kegembiraan dan kejayaan apabila masing-masing memperoleh Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan) dan Diploma Kejuruteraaan Pertanian pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-43, hari ini.

Anak sulung dan kedua daripada lima adik-beradik berasal dari Penampang, Sabah, ditemani oleh ibu bapanya yang berpakaian tradisional etnik Kadazan-Dusun.

“Kakak saya merupakan idola dan pencetus semangat dalam membentuk kejayaan diri saya pada hari ini,” ujar Jacynthia s yang sedang menyambung pelajaran di peringkat Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan) seperti kakaknya di UPM.

“Sebagai anak sulung, saya perlu memainkan peranan penting dalam menjadi contoh terbaik dan memberi semangat yang tidak putus-putus kepada adik-beradik saya,” kata Joanita pula.

Sebagai pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Joanita berkata ia tidak menjadi penghalangnya untuk meraih ijazah pada hari ini. - UPM

WXDcWAM~