| Universiti Putra Malaysia

80 pelajar terima sumbangan Hari Raya Tuanku Canselor UPM

Oleh Noor eszereen Juferi
Foto oleh Marina Ismail



SERDANG, 19 Julai (UPM) – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM),  Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim dan asnaf yang terdiri daripada 50 pelajar sekolah sekitar Serdang dan 30 pelajar UPM di sini.

Baginda menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti sekitar di Masjid UPM.

Turut diadakan di majlis itu ialah penyerahan sumbangan Wakaf Ilmu UPM sebanyak RM339,848.92 yang terdiri daripada orang perseorangan, rakan korporat UPM dan juga staf serta pelajar universiti.

 



Sumbangan turut disampaikan oleh staf UPM melalui Pejabat Pendaftar UPM sebanyak RM131,561; tabung masjid melalui Pusat Islam, Mohamed Ghazali Ali, RM109,706.17; Pusat Alumni UPMRM40,000; Koperasi UPM, RM11,000; Pelajar UPM RM12,581.75; Binsabi.com Sdn. Bhd, RM25,000 dan Century Software Sdn. Bhd., RM10,000.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Tajuddin Ali turut menyembahkan zakat perniagaan UPM Holdings bagi tahun 2012 berjumlah RM173,000 serta bayaran dividen UPM berjumlah RM 1 juta kepada UPM.

Wakaf Ilmu itu bertujuan memudahkan warga dan alumni UPM serta masyarakat memberi sumbangan berpandukan konsep wakaf untuk membantu pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM. – upm

- nej/kgo/kamn


SXEUCAx~