7,200 Graduan Terima Ijazah, Diploma Pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-40 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » 7,200 graduan terima ijazah, diploma pada Majlis Konvokesyen UPM ke-40

7,200 graduan terima ijazah, diploma pada Majlis Konvokesyen UPM ke-40

Oleh Azman Zakaria
Foto oleh Marina Ismail



SERDANG, 13 Okt - Seramai 7,200 graduan terdiri daripada 500 penerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D);  1,788 Ijazah Sarjana (Master); 4,451 (Bacelor) dan 461 (Diploma) akan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-40 pada 22 hingga 25 Oktober ini.

Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengurniakan ijazah doktor falsafah, sarjana (Master), bacelor dan diploma kepada graduan pada sesi pertama, hari pertama (22 Oktober) pada majlis yang akan diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr Aini Ideris berkata, majlis pengurniaan ijazah sebanyak lapan sesi selama empat hari itu akan turut disempurnakan oleh tiga Pro Canselor UPM iaitu Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan Ariffin pada sesi kedua (22 Oktober), keempat  (23 Oktober), ketujuh (25 Oktober); Tan Sri Lim Ah Lek pada sesi ketiga (23 Oktober), keenam (24 Oktober); dan Tan Sri Mohd Bakke Salleh pada sesi kelima (24 Oktober) dan kelapan (25 Oktober).

Katanya, UPM juga akan menganugerahkan Anugerah Prosefor Emeritus kepada Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan;  Dato’ Dr. Kamel Ariffin Mohd Atan; Dato’ Abang Abdullah
Abang Ali dan Prof. Dato’ Dr. Wan Md Zin Wan Yunus pada sesi pertama.

Prof. Datin Paduka Dr Aini dalam sidang media di sini berkata, Tuanku Canselor berkenan untuk mengurniakan hadiah kepada para pemenang hadiah peringkat universiti.



Mereka ialah:

1. Muhammad Khairul Adib Muhammad Yusof, dari program Bacelor Sains (Kepujian) Major Fizik, Fakulti Sains yang memenangi Hadiah Pingat Emas Canselor.

2.  Emylia Atika Mohd Rostam, dari program Bacelor Sains (Pembangunan Manusia), Fakulti Ekologi Manusia, yang memenangi Hadiah Pingat Emas Diraja (Bumiputera).

3.  Hew Khai Sin dari program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, bagi Hadiah Pingat Emas Pelajaran Diraja (bukan Bumiputera).

4.  Azlini Razali dari program Bacelor Sains (Kepujian) Major Biologi, Fakulti Sains, (Pingat Emas Alumni).

5. Nurul Husna Osman dari program Bacelor Sastera Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, (Pingat Emas Yayasan Pak Rashid).

6.  Tan Li Ping dari program Doktor Perubatan Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, (Pingat Emas Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Rashdan Baba).

7.  Stephanie Lavania Petrus dari program Doktor Perubatan Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar  (Pingat Putra Agribio).

8. Mohd. Shaharudin Said dari program Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Pengajian Pendidikan (Pingat Razlan Putra).

9. Mohd Lokman Ibrahim (PhD. Pemangkinan), Fakulti Sains (Pingat  Emas Doktor Falsafah).

10.  Muhammad Nur Aiman Uda (Master Sains Teknologi Sensor), Fakulti Kejuruteraan (Pingat Emas Master Dengan Tesis).

11. Tan Tong Hock (PhD  Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik), Institut Penyelidikan Matematik (Hadiah Buku Tahunan MTDC (Inovasi/Pengkomersilan/Perniagaan).

12. Nur Fazlin Badrul Hisham program Bacelor Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Hadiah Syed Kechik).

Sementara itu, dua pelajar Bumiputra Sabah, George Nasir dari program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani), Fakulti Pengajian Pendidikan, dan Jay Nurivanna Asrienza Jaya dari program Bacelor Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, serta graduan China pertama bagi program Bacelor Sastera (Bahasa Asing) Major Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, akan turut bergraduat.

Antara atlet negara yang akan bergraduat ialah Mohamad Hisham Mat, Mohamad Noor Rizal Jaafar (sepak takraw), Mohd Shaharudin Said, Mohammad Zulkawai Mat Jusoh, Mohd Hafeez Faesal A. Aziz, Muhammad Akmal Md Nor, Nazmi Hussin (ragbi), Kavee Alagan a/l Anpalician (lompat jauh), Nurfazlinda Shafiei (olahraga), Arif Farhan Ibrahim Putra, Shahira Abdul Halim (memanah), Mohd Zul Fadzli Alias (menembak), Noor Hasleen Fatihin Hasnan (gimnastik), Lee Zhien Huey (renang berirama), Nur Umairah Zainal Abidin (judo) dan Yu Peng Kean (lawan pedang). - UPM


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511000077