5,000 Hadiri Majlis Sambutan Hari Raya UPM | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » 5,000 hadiri majlis sambutan Hari Raya UPM

5,000 hadiri majlis sambutan Hari Raya UPM

Oleh:Shaza Zaqwan Shafain  

Foto: Marina Ismail

 

SERDANG, 12 Julai – Kira-kira 5,000 warga kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan tetamu hadir pada majlis Hari Raya Aidilfitri UPM 2017 yang disambut meriah dengan pelbagai juadah disediakan.

 

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata majlis itu memberi peluang kepada semua warga UPM untuk merapatkan silaturahim serta mengukuhkan perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan pangkat.

 

“Majlis ini menjadi landasan kepada seluruh warga universiti dari pelbagai pusat tanggungjawab untuk bersua dan saling berkenalan serta beramah mesra dengan pihak pengurusan dan pegawai-pegawai kanan universiti,” katanya.

 

Majlis yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM itu bermula jam 11.30 pagi hingga 2 petang. Ia turut diserikan dengan majlis sambutan hari lahir staf yang lahir pada bulan Julai. - UPM

 

Kemaskini:: 20/07/2017 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1505860708