| Universiti Putra Malaysia

4,258 pelajar baharu program Bacelor mendaftar di UPM


SERDANG, 1 September – Seramai 4,258 pelajar baharu program Bacelor mendaftar di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi akademik 2012/2013 pada 1 dan 2 September baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata daripada jumlah itu, 2,958 ialah pelajar perempuan dan 1,300 ialah pelajar lelaki. 

“Selain daripada jumlah itu, seramai 61 pelajar antarabangsa yang turut mendaftar bagi program bacelor adalah dari negara China, Amerika Syarikat, Iraq, Brunai, Kenya, Iran, Somalia, Mauritius, Sri Lanka, Palestin, India, Yemen, Nigeria, Sudan dan Jordan,” katanya pada sidang media Pendaftaran Pelajar Baharu Semester Pertama Sesi 2012/2013 UPM di sini.



Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi yang melakukan tinjauan pendaftaran di beberapa kolej kediaman berkata kemasukan pelajar antarabangsa adalah salah satu usaha bagi mengantarabangsakan taraf pendidikan UPM.

Turut mendaftar ialah seramai 36 atlet kebangsaan dari Majlis Sukan Negara yang terdiri daripada skuad elit memanah, hoki, menembak dan pemain bola sepak Harimau Muda antaranya pemain hoki wanita ke Sukan Asia, Nor Hidayah Ahmad Bokhari; atlet memanah Sukan Asia, Arif Farhan Ibrahim Putra dan dua atlet sukan SEA dalam acara menembak iaitu Noor Izzati Jasni dan Shahira Abdul Halim.

 



WXEUUAN~