| Universiti Putra Malaysia

38 pelajar UPM terima sumbangan Hari Raya Tuanku Canselor

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Mohd Hasrul Hamdan & Noor Azreen Awang



SERDANG, 11 Julai – Tuanku Canselor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim, asnaf dan mualaf yang terdiri daripada 38 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Baginda selaku Sultan Selangor menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti di Masjid UPM.

ada majlis itu, turut diadakan penyerahan sumbangan Wakaf Ilmu UPM yang terdiri daripada orang perseorangan, rakan korporat UPM dan juga staf universiti.



Sumbangan diterima daripada Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim sebanyak RM1 juta; Pejabat Pendaftar UPM, Dato’ Wan Azman Wan Omar, RM127,713.00; Bendahari UPM Zulkiflee Othman, RM168,568.81;Tabung Masjid UPM, Wan MohdRadzi Wan Ismail, RM196,277.92; Koperasi UPM Dr. Dasrilsyah Syahrial, RM15,000; sumbangan wakaf Allahyarham Dato’ Radin Umar Radin Sohadi yang disampaikan oleh Radin Munzir Radin Umar sebanyak RM190,077.42 dan Wakaf MAA Takaful Berhad, Mohd Fauzi Mahmud, RM10,000.

Sementara itu, Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Tajuddin Ali turut menyembahkan zakat perniagaan UPM Holdings bagi tahun 2013 berjumlah RM219,800.

Wakaf Ilmu itu bertujuan memudahkan warga dan alumni UPM serta masyarakat memberi sumbangan berpandukan konsep wakaf untuk membantu pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM.

 


WXDdNA~