2,725 Pelajar Baharu UPM Lafaz Ikrar Di HadapanTuanku Canselor | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » 2,725 pelajar baharu UPM lafaz ikrar di hadapanTuanku Canselor

2,725 pelajar baharu UPM lafaz ikrar di hadapanTuanku Canselor


Oleh    : Noor Eszereen Juferi
Foto    : Noor Azreen Awang

SERDANG
– Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), mendengar lafaz ikrar 2,725 pelajar baharu bachelor yang mendaftar di UPM bagi sesi akademik 2015/2016 di sini.

Majlis lafaz ikrar seumpama itu julung kali diadakan bersama keberangkatan baginda.

Baginda turut meluangkan masa beramah mesra dengan beberapa pelajar berkenaan pada majlis tersebut.



Naib Canselor UPM, Prof Dato’ Dr.Mohd Fauzi Ramlan ketika berucap pada majlis itu berkata keberangkatan Tuanku Canselor pada majlis berkenaan melakar sejarah baharu dalam perjalanan UPM yang bercita-cita untuk terus maju dan berjaya di persada antarabangsa.

”UPM boleh berdiri megah dengan menduduki tangga ke-376 Universiti Terbaik di dunia, ke-54 di dunia dalam bidang pertanian, ketujuh di Asia dan yang pertama di Asia Tenggara.

“Kehebatan sesebuah universiti tidak akan adil dan tepat untuk diukur pada prasarana semata-mata, sebaliknya yang lebih penting adalah kebitaraan akademik dan kesarjanaannya,” katanya.

Sementara itu, 176 pelajar antarabangsa dari negara Singapura, Thailand, Indonesia, Korea, China, India Pakistan, Bangladesh, Uzbekistan, Kazakhstan, Kanada, Arab Saudi, Emirate Arab Bersatu, Kuwait, Morocco dan Senegal turut mendaftar bagi program bachelor sesi tersebut.



Antara program yang popular di kalangan pelajar antarabangsa kemasukan kali ini ialah Kejuruteraan, Pertanian, Pentadbiran Perniagaan, Sains Komputer dan Komunikasi.

Selain itu, pengambilan pelajar termasuk atlet yang memenangi pingat emas negara di Sukan SEA 2015 iaitu empat pemain hoki dan dua pemain hoki wanita selain empat pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dan empat pelajar Orang Asli. - UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563455423