| Universiti Putra Malaysia

200 sertai Orienteering Obstacle Challenge Green Campus Rakan Muda


Oleh: Rizal Razak

SERDANG, 23 Okt – Lebih 200 peserta me¬nyertai Pertandingan Orienteering Obstacle Challenge Green Campus Rakan Muda sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Ke-40 Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Penasihat Sekretariat Rakan Muda UPM, Rizal Razak berkata penglibatan mahasiswa di dalam program kokurikulum seperti sukan rekreasi akan menjadi nilai tambah kepada para graduan.

“Pada masa kini, majikan tidak mahukan graduan yang pasif sebaliknya akan memberi peluang pekerjaan kepada graduan yang mempunyai kemahiran insaniah dan aktif melibatkan diri dalam bidang kokurikulum,” katanya.

Sementara itu, pertandingan sejauh lima kilometer itu memerlukan peserta menggunakan kompas dan peta untuk mencari beberapa titik kawalan yang diletakkan di kawasan tertentu dengan beberapa cabaran yang perlu ditempuh menjadikan sukan rekreasi itu mendapat tarikan. 

Penganjuran selama dua hari yang dikelolakan oleh Sekretariat Rakan Muda UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Taman Pertanian Universiti (TPU) itu mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dua kate¬gori dipertandingkan iaitu Interkolej dan Terbuka UPM yang menawarkan hadiah wang tunai RM100 hingga RM250 manakala 40 peserta terawal mendapat medal dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS, Sabran Abd Bahar. - UPM

 


SXEREA~