| Universiti Putra Malaysia

164 pelajar mobiliti UPM diraikan dalam majlis ‘Farewell High Tea Ceremony’

Oleh Noor Eszereen Juferi
Foto oleh Marina Ismail



SERDANG - Seramai 164 pelajar mobiliti antarabangsa, Universiti Putra Malaysia (UPM) diraikan dalam majlis ‘Farewell High Tea Ceremony’ yang dianjurkan oleh Bahagian Antarabangsa (IO) UPM  baru-baru ini.

Program itu bertujuan untuk pelajar-pelajar mobiliti berkongsi ilmu serta pengalaman baharu mengenai UPM serta Malaysia di samping mendapatkan input maklum balas mereka terhadap aktiviti anjuran IO, UPM.

Majlis dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin serta pegawai Bahagian Antarabangsa UPM.

Pelajar antarabangsa merupakan pelajar Semester 2 2014/2015 dan Semester 1 2015/2016 dari beberapa buah negara antaranya Brunei Darussalam, China, Republik Czech, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Korea, Thailand, Belanda, Turki dan Vietnam.

Pelajar-pelajar mobiliti turut dibantu oleh 20 pelajar tempatan atau dikenali sebagai ‘buddies’ yang dilantik oleh pihak IO UPM.

UPM pada masa kini mempunyai pelajar dari lebih 60 buah negara. - UPM


WXEUPAh~