Panduan Kemasukan Pelajar Baharu

PENDAFTARAN

Jika anda telah membuat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan ke UPM, anda perlu mengambil tindakan berikut:-

  1. Membuat pengesahan penerimaan tawaran.

  2. Membuat pendaftaran secara atas talian di dalam Sistem Pendaftaran Pelajar Baharu (e-daftar) sebelum 6 September 2017 seperti berikut:-
    1. Kemaskini Maklumat Peribadi.
    2. Pengesahan Maklumat Kesihatan.
    3. Melaksanakan perakuan kesihatan secara online. Sila cetak dan tandatangan 3 Borang/surat berikut iaitu : perakuan kesihatan, surat akuan kuasa, dan akuan bebas dadah serta bawa pada hari pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Tarikh dan masa untuk pemeriksaan kesihatan akan dimaklumkan selepas pendaftaran.
    4. Membuat pembayaran yuran (Jadual 1 di muka surat 11).
    5. Memuat naik gambar ukuran passport bagi tujuan Kad Pelajar (sila rujuk muka surat 17).
    6. Mencetak borang penerimaan kunci.
    7. Membuat pengesahan pendaftaran dan mencetak slip pendaftaran serta bawa semasa hari pendaftaran.
    8. Membuka Akaun Simpanan CIMB Bank.
    9. Melaporkan diri pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.

 

PEMERIKSAAN PERUBATAN
LAPOR DIRI /PENDAFTARAN
YURAN
KAD PELAJAR
BIASISWA /PINJAMAN
MAKLUMAN KEPADA PELAJAR BAHARU
GARIS PANDUAN PENAMPILAN PELAJAR
PANDUAN DAN PERATURAN KAD MEALPLAN
SKIM BOOK PLAN
KALENDAR AKADEMIK SESI 2017/2018
SENARAI BAHAGIAN / UNIT/ PEGAWAI (KAMPUS SERDANG)
SENARAI BAHAGIAN / UNIT/ PEGAWAI (KAMPUS BINTULU)
MAKLUMAN