Kemasukan

Program pengajian peringkat prasiswazah ditawarkan secara sepenuh masa dan separuh masa. Program pengajian separuh masa dikenali sebagai Program Eksekutif dan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ).

Bagi program pengajian sepenuh masa permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi dalam talian yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selepas iklan disiarkan dalam akhbar utama tempatan. Pemohon boleh melayari laman web ini untuk mengetahui maklumat lanjut.

Bagi pelajar separuh masa, permohonan dan maklumat lanjut boleh diperoleh daripada UPM Education & Training (UPMET) untuk Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Bagi Program Eksekutif maklumat boleh diperolehi daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi.

Selain itu, UPM merupakan satu-satunya Universiti di Malaysia yang menawarkan Program Asasi yang menjurus kepada bidang agro-bio, pertanian dan sains. Pendaftaran dan maklumat tentang Program Asasi Sains Pertanian ini  boleh diperoleh melalui aplikasi dalam talian yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Pemohon boleh melayari laman web ini untuk mengetahui maklumat lanjut.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan, sila klik di sini.

Bagi kemasukan pelajar antarabangsa untuk program pengajian prasiswazah, sila baca garis panduan berikut :-

Panduan Permohonan Pra Siswazah Antarabangsa Secara Atas Talian

Atau sila klik di sini untuk log in ke laman sesawang permohonan kemasukan pelajar antarabangsa bagi program pengajian prasiswazah.