Pasca Siswazah

UPM menawarkan pelbagai program pengajian pascasiswazah sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi pada peringkat serantau dan antarabangsa. UPM sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan etika kerana golongan ini bakal menjadi perantara untuk meningkatkan citra dan nama UPM ke persada dunia. UPM pada waktu ini mempunyai peratusan staf akademik dengan kelulusan PhD yang tertinggi berbanding Universiti awam lain di Malaysia. Kami juga menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar dari lebih 60 buah negara agar mereka dapat merasai sendiri pengalaman yang berharga ini. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke program pengajian pascasiswazah (bukan pengurusan) perlu melalui Sekolah Pengajian Siswazah (SGS)secara sepenuh masa dan separuh masa. Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan pengajian pasca- siswazah menerusi pendidikan jarak jauh, perlu melalui UPM Education & Training Sdn. Bhd. (UPMET) untuk beberapa program terpilih.