Halaman Selamat Datang
Selasa, September 23, 2014 
Akademik » Prasiswazah » Kemasukan
Kemasukan





Program pengajian peringkat prasiswazah ditawarkan secara sepenuh masa dan separuh masa. Program pengajian separuh masa dikenali sebagai Program Eksekutif dan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ).

Bagi program pengajian sepenuh masa permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi dalam talian yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) selepas iklan disiarkan dalam akhbar utama tempatan. Pemohon boleh melayari laman web ini untuk mengetahui maklumat lanjut.

Bagi pelajar separuh masa, permohonan dan maklumat lanjut boleh diperoleh daripada UPM Education & Training (UPMET) untuk Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Bagi Program Eksekutif maklumat boleh diperolehi daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Selain itu, UPM merupakan satu-satunya Universiti di Malaysia yang menawarkan Program Asasi yang menjurus kepada bidang agro-bio, pertanian dan sains. Pendaftaran dan maklumat tentang Program Asasi Sains Pertanian ini  boleh diperoleh melalui aplikasi dalam talian yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pemohon boleh melayari laman web ini untuk mengetahui maklumat lanjut.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan, sila klik di sini.

Bagi kemasukan pelajar antarabangsa untuk program pengajian prasiswazah, sila baca garis panduan berikut :-

Panduan Permohonan Pra Siswazah Antarabangsa Secara Atas Talian

Atau sila klik di sini untuk log in ke laman sesawang permohonan kemasukan pelajar antarabangsa bagi program pengajian prasiswazah.





Kemaskini Terakhir 11 06 2012 ( ali_bakri )

LIHATJUGA

Program Pengajian»

Kalendar Akademik»


Bahagian Akademik
Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel: +603-8946 6060
Faks: +603-8942 6469

UPM Education & Training Sdn. Bhd.
Unit Kemasukan &  Modul
UPM Education & Training Sdn. Bhd.
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603-89468830 / 8814
Fax: +603-89424770 / +603-86563565