Sekolah Pengajian Siswazah


Sekolah Pengajian Siswazah UPM adalah sebuah institusi berprestij dan kaya dengan ilmu pengetahuan dan penyelidikan. Ia menawarkan lebih daripada 400 bidang pengajian dan juga menyediakan sebuah program pembelajaran yang seimbang bagi pelajar siswazah kami yang mengikuti pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. 

Pada masa kini, UPM mempunyai peratusan tertinggi bagi staf akademik yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah di kalangan universiti- universiti tempatan yang lain. Kami juga menyediakan suasana pembelajaran yang selesa bagi pengajian yang mempunyai perspektif sejagat; dimana pelajar-pelajar dari lebih daripada 70 buah negara berhimpun untuk mendapatkan pengalaman yang berharga.

Jadi, marilah sertai kami bagi memenuhi hasrat akademik anda.  Maklumat lanjut, layari laman web Sekolah Pengajian Siswazah.