Pusat Asasi Sains Pertanian


Pusat Asasi Sains Pertanian merupakan satu-satunya program praijazah di Malaysia yang memberikan pengajian asas menjurus kepada pertanian, agro-bio dan sains. Pusat Asasi ini dikhaskan kepada para pelajar yang mempunyai asas dan minat yang mendalam dalam bidang tersebut.

Pusat ini telah melaksanakan Program Asasi Sains Pertanian untuk melahirkan pelajar yang bakal menjadi pelajar cemerlang pada peringkat ijazah seterusnya mampu melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju dalam bidang pertanian, agro-bio dan sains untuk menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negara.

Maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman web rasmi Pusat Asasi Sains Pertanian