Visi/Misi/Nilai/Matlamat Kami

Sebagai sebuah universiti yang terkemuka dan menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama pada peringkat antarabangsa, UPM kukuh berpegang pada komitmen untuk terus berusaha mencapai kemajuan dan menjadi universiti yang dihormati. Dalam usaha untuk mencapai keunggulan itu, kami warga UPM bersatu hati mengikuti tuntutan visi dan misi serta berkongsi tanggungjawab mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

VISI » Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

MISI » Memberi Sumbangan Bermakna kepada Pembentukan Kemakmuran dan Pembangunan Negara serta Kesejahteraan Manusia Sejagat Menerusi Penerokaan dan Penyebaran Ilmu

MATLAMAT PENDIDIKAN » Melahirkan Graduan Bitara yang Holistik, Ihsan, Patriotisme dan Berdaya Tahan

NILAI » Ihsan, Kepelbagaian, Kelestarian  

 
MATLAMAT UPM

» Matlamat 1 
Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang

» Matlamat 2 
Mewujudkan Hab Penyelidikan dan Inovasi yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari

» Matlamat 3
Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri dan Masyarakat

» Matlamat 4
Memperkasakan Pertanian dan Ketahanan Sekuriti Makanan

» Matlamat 5 
Memperteguh Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan dan Amalan Kelestarian Hijau 

Baca Buku Pelan Strategik UPM 2021-2025.