Logo

 

 

Logo UPM yang ringkas melambangkan tradisi, falsafah dan visi baharu Universiti.

Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, kemantapan dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen universiti untuk memelihara alam sekitar. Air juga adalah sebagai asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah sebagai asas untuk mencapai kemajuan manusia.

Garisan kecil di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan. Tiga (3) garisan di kiri dan di kanan ialah simbol dahan yang melambangkan kepentingan pertanian dalam kelestarian kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan dan kekuatan UPM. Tiga (3) garisan itu juga membawa maksud tiga (3) fungsi utama Universiti, iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Buku yang berada di sebelah atas melambangkan keunggulan Universiti sebagai gapura yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan. Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.

Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme.

Konsep bentuk perisai ini diperkukuh  dengan huruf 'UPM' yang menjadi singkatan kepada Universiti Putra Malaysia. 

Muat Turun Logo Versi JPEG