Staf | Universiti Putra Malaysia

staf

Komitmen yang tinggi dalam persekitaran yang dinamis adalah kunci utama kepada kecemerlangan warga UPM dalam melaksanakan misi dan visi universiti. Sehingga Februari 2013, UPM mempunyai 6,555 warga kerja yang berdedikasi dan berdaya saing dalam bidang masing-masing. Daripada jumlah itu, seramai 1,750 warga kerja UPM terdiri daripada Staf Akademik termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas dan Felo Perunding. Manakala 888 warga kerja UPM adalah Staf Bukan Akademik iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta 3,498 warga kerja adalah terdiri daripada Kumpulan Sokongan.