Halaman Selamat Datang
Isnin, Februari 20, 2017 
Perkhidmatan » Hospital Veterinar
Hospital Veterinar





Hospital ini mempunyai kemudahan wad untuk haiwan

Hospital Veterinar Universiti telah ditubuhkan oleh Fakulti Perubatan Veterinar UPM sebagai pusat penjagaan kesihatan haiwan dan diagnosis penyakit di samping menjalankan penyelidikan. Hospital ini menyediakan perkhidmatan melalui penyelidikan, penjagaan kesihatan haiwan dan diagnosis penyakit.

Anda tidak perlu bimbang untuk menghantar haiwan peliharaan anda di hospital ini kerana ia  dilengkapi dengan pelbagai peralatan diagnostik dan makmal yang digunakan di sesebuah hospital pengajaran. Selain dari perkhidmatan perundingan pesakit luar rutin, hospital ini turut menawarkan perkhidmatan khas dalam perubatan veterinar dan surgeri, pengimejan serta diagnosis makmal. Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan dan kepakaran untuk merawat haiwan yang mengalami penyakit teruk, berkomplikasi atau haiwan memerlukan rawatan rapi.  Selain itu, perkhidmatan klinik bergerak untuk haiwan besar juga telah disediakan.

Hospital ini merangkumi tiga buah klinik yang menyediakan perkhidmatan yang berbeza iaitu Klinik Amalan Haiwan Kesayangan untuk haiwan seperti kucing, anjing, burung, arnab dan reptilia, Klinik Amalan Haiwan Besar untuk haiwan seperti lembu kerbau, bebiri dan kambing, dan Klinik Amalan Surgeri yang menyediakan perkhidmatan pembedahan, radiologi dan ultrasonografi.

» Klinik Amalan Haiwan Kesayangan

» Klinik Amalan Haiwan Besar

» Klinik Amalan Surgeri

 

PAGI

PETANG

Isnin

8.00 pagi – 5.00 petang
(Pendaftaran: 8.15 pagi - 4.00 petang)

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

8.00 pagi – 12.15 tengahari
(Pendaftaran: 8.15 pagi - 11.00 pagi)

Klinik dibuka untuk kes yang diberi temujanji khas untuk rawatan susulan sahaja

Sabtu

8.00 pagi – 12.00 tengahari
Klinik hanya dibuka kepada temujanji (untuk perkhidmatan VAKSINASI dan RAWATAN CACING sahaja)

 

Ahad

Rawatan kes yang berada
  di wad sahaja

 
 Waktu Operasi Makmal

 

PAGI

PETANG

Isnin

8.30 pagi – 4.30 petang

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

8.30 pagi – 11.45 pagi


2.45 pagi – 4.30 petang

Sabtu

Tutup

Ahad

Klinik dan Makmal ditutup pada Hari Kelepasan Umum, Hari Sabtu dan Ahad.


Sekiranya anda ingin melayari laman web Hospital Veterinar Universiti, sila klik di sini





Kemaskini Terakhir 12 12 2014 ( hairul_nizam )


Hospital Veterinar Universiti
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel: +603-8609 3941/3942
Faks: +603-8947 1973