Utama  |  English  |  Carian: 
     
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Universiti Penyelidikan Yang Ulung di Malaysia
  Info Mengenai:
  Info Untuk:
 
  versi pencetak
CAPAIAN PANTAS
Pejabat Naib
 Canselor
Fakulti
Institut
Akademi
Siswazah
Pusat
Bahagian
Pendaftar
Bendahari
Pembangunan
Kolej
Perkhidmatan
Persatuan
Berita
Portal Staf
Album Foto
Aplikasi Online
Pautan
Peta Laman
Jawatan Kosong
Penafian
Webmaster
Polisi
 
Tajuk-tajuk Berita 2010
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.
Penyelidik UPM Cipta Alat Pempastur Jimat Tenaga


Nurul Faezawaty menerangkan mengenai prototaip alat pempastur mudah alih tersebut kepada wartawan.

SERDANG, 22 April – Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta mesin pemanas pempastur untuk memproses makanan yang menjimatkan tenaga bagi industri minuman dan makanan melalui alat pemanasan ohmik.

Ketua kumpulan penyelidik berkenaan, Prof. Ir. Dr. Norman Mariun dari Fakulti Kejuruteraan berkata mesin itu menghasilkan tenaga haba dalaman yang boleh menyerap ke dalam makanan bagi mempercepatkan peningkatan suhu yang seragam.

”Produk yang dipastur akan menjadi panas dengan cepat dan sekata dalam tempoh 20-30 minit berbanding pemanas konvensional yang menggunakan tenaga haba dan elektrik berlebihan.

”Proses ini dapat menjimatkan kos pengendalian kerana pihak industri tidak perlu menggunakan pendandang wap yang berkos tinggi,” katanya pada majlis Promosi Hasil Penyelidikan UPM di sini baru-baru ini.

Beliau berkata pempasturan juga dapat mengurangkan aktiviti mikroorganisma yang boleh merosakkan makanan malah makanan yang telah dipasturkan boleh disimpan dengan lebih lama di dalam suhu yang rendah.

Katanya alat tersebut dapat menjimatkan kos modal antara 30 peratus hingga 60 peratus, kos pengendalian 50 peratus hingga 75 peratus lebih rendah dan penjimatan tenaga bahan bakar antara 10 peratus hingga 50 peratus.

Kumpulan Dr. Norman yang melakukan kajian tersebut selama dua tahun berkata sistem pempasturan ohmik itu turut dicipta dalam beberapa ceraian supaya senang dimudah alih.

”Bagi pengusaha Industri Kecil dan Sederhana yang sentiasa mencari alternatif penjimatan operasi, mesin pempastur ini amat sesuai digunakan,” katanya.

Mesin pempastur itu telah berjaya memenangi pingat emas pada pameran International Trade Fair Ideas-Inventions-New Product (IENA 2008) di Nuremberg, German.

Selain Dr. Norman, kumpulan penyelidik tersebut terdiri daripada Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Dr. Hashim Hizam; Pegawai Penyelidik, Nurul Faezawaty Jamaludin dan bekas Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Hishamuddin Jamaludin.


(Dari kiri) Dr. Hashim Hizam, Prof. Ir. Dr. Norman Mariun, Hishamuddin Jamaludin, Nurul Faezawaty dan Arash Toudeshki bersama anugerah yang dimenangi di German baru-baru ini.

Disediakan oleh Seksyen Media dan Publisiti, Bahagian Komunikasi Korporat UPM.

.
 
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM SERDANG, Selangor | T: 03-8946 6000 | F: 03-8948 7273 | E:webmaster@putra.upm.edu.my  Hak Cipta Terpelihara UPM 2007
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768