Utama  |  English  |  Carian: 
     
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Universiti Penyelidikan Yang Ulung di Malaysia
  Info Mengenai:
  Info Untuk:
 
  versi pencetak
CAPAIAN PANTAS
Pejabat Naib
 Canselor
Fakulti
Institut
Akademi
Siswazah
Pusat
Bahagian
Pendaftar
Bendahari
Pembangunan
Kolej
Perkhidmatan
Persatuan
Berita
Portal Staf
Album Foto
Aplikasi Online
Pautan
Peta Laman
Jawatan Kosong
Penafian
Webmaster
Polisi
 
Tajuk-tajuk Berita 2010
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.
UPM raih 3 Pingat di IENA 2008


Dari kiri: Dr. Alyani Ismail, Prof. Ir. Dr. Norman Mariun dan Prof. Dr. Suhaila Mohamed.

NUREMBERG, 2 Nov –3 penyelidik UPM berjaya meraih 3 pingat iaitu 2 emas dan 1 gangsa di pameran antarabangsa International Exhibition of Ideas- Inventions- New Products (iENA) 2008 baru-baru ini.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah) Fakulti Kejuruteraan, Prof. Ir. Dr. Norman Mariun mendapat pingat emas dengan produk penyelidikan yang bertajuk Ohmic Heated Pasteurizer.

“Produk ini direka dan dicipta untuk pempasteuran bahan makanan cecair tanpa menggunakan penukar haba dan dandang (heat exchanger dan boiler),” katanya.

Beliau berkata penghasilan produk itu hanya memerlukan kos yang murah, mudah dikendalikan serta menghasilkan produk yang lebih bermutu selain menjimatkan penggunaan tenaga.

Sementara itu, Prof. Dr. Suhaila Mohamed telah memenangi pingat emas dengan produk penyelidikan CardioMate-Functional Food Seasoning for Cardiovascular Health.

“Produk yang dihasilkan ini berkesan membantu memulihkan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, atherosklerosis (kerosakan pembuloh darah), kegemukan, penyakit ginjal serta masalah berkaitan dan membantu melawan beberapa jenis kanser dalam kajian pada haiwan,” katanya lagi.

Dr. Suhaila berkata ia juga dapat memelihara organ-organ dalaman dan mengurangkan tekanan oksidatif selain mengurangkan kadar kematian pada haiwan –haiwan tersebut.

Bagi pingat gangsa pula dimenangi oleh Dr. Alyani Ismail dengan produk Compact 'Butterfly-shaped' Ultra-Wide Band Microwave Filter.

Ketua Delegasi Malaysia, Prof. Madya Dr. Ratnasamy Muniandy berkata dianggarkan sebanyak 50 peratus produk Malaysia berjaya memperolehi pingat emas.

Sebanyak tujuh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan satu Institut Penyelidikan telah menyertai pameran kali ini yang telah berlangsung pada 30 Oktober hingga 2 November yang lalu di Exhibition Centre Nurembergh, Jerman.

Oleh Bahagian Promosi Pusat Pengurusan Penyelidikan dan disunting Unit Media BKK UPM.


.
 
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM SERDANG, Selangor | T: 03-8946 6000 | F: 03-8948 7273 | E:webmaster@putra.upm.edu.my  Hak Cipta Terpelihara UPM 2007
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768