UTAMA | Universiti Putra Malaysia

UPM merupakan institusi ilmu yang menjadi legasi gemilang kepada sejarah pendidikan pertanian di Malaysia. Pertanian yang dijulang UPM melewati pendidikan dan penyelidikan, menghasilkan modal insan pertanian yang berkualiti, memperkayakan ilmu pengetahuan, meneroka pelbagai inovasi dan mencipta kehidupan yang cemerlang.

Prasiswazah

UPM menawarkan program sepenuh masa kepada calon yang layak kepada pemegang STPM/Setaraf, Matrikulasi/Asasi, pemegang Diploma/kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM. Sementara itu, pemegang SPM/kelayakan setaraf akan ditawarkan untuk program Diploma dan Asasi Sains Pertanian.

Program Pengajian
Kemasukan
Pengajian Jarak Jauh
Pengajian Asasi
Kalendar Akademik
Kemasukan Antarabangsa

Pasca Siswazah

UPM menawarkan pelbagai program pengajian pascasiswazah sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi pada peringkat serantau dan antarabangsa. UPM sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan etika kerana golongan ini bakal menjadi perantara untuk meningkatkan citra dan nama UPM ke persada dunia. UPM pada waktu ini mempunyai peratusan staf akademik dengan kelulusan PhD yang tertinggi berbanding Universiti awam lain di Malaysia. Kami juga menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar dari lebih 60 buah negara agar mereka dapat merasai sendiri pengalaman yang berharga ini. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke program pengajian pascasiswazah (bukan pengurusan) perlu melalui Sekolah Pengajian Siswazah (SGS)secara sepenuh masa dan separuh masa. Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan pengajian pasca- siswazah menerusi pendidikan jarak jauh, perlu melalui UPM Education & Training Sdn. Bhd. (UPMET) untuk beberapa program terpilih.

Sekolah Pengajian Siswazah
Pengajian Jarak Jauh
Bantuan Kewangan & Biasiswa

UPM banyak membangunkan inovasi dalam bidang pertanian dan pelbagai bidang lain untuk membantu dan meningkatkan ekonomi negara dan memperkasa taraf hidup masyarakat. Aktiviti pengajaran, penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan pengembangan yang telah dilaksanakan UPM adalah bergerak seiring dengan kemajuan pertanian dan penemuan baharu untuk kesejahteraan negara. Inovasi dan pertanian yang dijana UPM akan menjamin kelestarian kehidupan.

Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar. Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.

Kehidupan adalah impak daripada kejayaan pendidikan, penyelidikan, penemuan ilmu dan inovasi yang menjadi pelengkap kepada semangat UPM dalam menterjemahkan peranan pertanian dan kepelbagaian cabang ilmu yang lain. Kejayaan kehidupan juga adalah matlamat yang telah lama digerakkan dalam obligasi Berilmu Berbakti, sejak nama Universiti Pertanian dimahsyurkan pada 1971.
Komitmen yang tinggi dalam persekitaran yang dinamis adalah kunci utama kepada kecemerlangan warga UPM dalam melaksanakan misi dan visi universiti. Sehingga Februari 2013, UPM mempunyai 6,555 warga kerja yang berdedikasi dan berdaya saing dalam bidang masing-masing. Daripada jumlah itu, seramai 1,750 warga kerja UPM terdiri daripada Staf Akademik termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas dan Felo Perunding. Manakala 888 warga kerja UPM adalah Staf Bukan Akademik iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta 3,498 warga kerja adalah terdiri daripada Kumpulan Sokongan.
Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya. Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni pada bila-bila masa.
artikel
Potensi pelancongan sukan jana ekonomi negara
Kajian di negara-negara lain jelas mendapati penganjuran sukan mega antarabangsa seperti Olimpik, Piala Dunia FIFA dan perlumbaan Formula Satu (F1) memberi impak yang signifikan kepada negara penganjur. Kepentingan sukan mega antarabangsa kepada ekonomi telah mendorong kebanyakkan negara-negara seperti United Kingdom, Jerman dan Jepun menyusun Akaun Satelit Sukan.
Terapi Hutan untuk Pesakit Psikiatrik
Pertanian Bandar: Selangkah ke Hadapan untuk Jaminan Makanan
Artikel-artikel lain...
berita
UPM raih 6 Bintang SETARA 2017
Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatatkan prestasi tertinggi dengan meraih penarafan 6 Bintang (Gemilang) dalam Penarafan Universiti dan Kolej Universiti Malaysia (SETARA) 2017...
pengumuman

TARIKH TUTUP

22 Nov 2017

SHB/ZONK/015/201711008)

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN KAWASAN LUAR DAN LANDSKAP SERTA PERKHIDMATAN PEMOTONGAN RUMPUT DI KOLEJ TUN PERAK, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

23 Nov 2017

SH106/20176369103)

SEBUT HARGA MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJI DAN MENUGASLARI SATU 1) UNIT CONSTANT TEMPERATURE AND HUMIDITY CHAMBER 25L) DAN SATU 1) UNIT TEMPERATURE AND HUMITY CHAMBER DI INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN SEKURITI MAKANAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR

23 Nov 2017

SH107/20176369112)

SEBUT HARGA CADANGAN KERJA MENAIKTARAF MAKMAL UNIT PEMBANGUNAN PRODUK 1), MAKMAL PENGUJIAN GENTIAN, MAKMAL PEMPROSESAN BATANG DAN GENTIAN, MAKMAL TEKNOLOGI PULPA & KERTAS 2), MAKMAL KEBOLEHBAKARAN DAN RUANG-RUANG SOKONGAN DI INSTITUT PERTANIAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR

23 Nov 2017

SHB/ZONE/021/20176231400)

SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN-BAHAN BAGI PROJEK CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN RUMAH BANTUAN RAKYAT BERKELUASAN 600KP 3 BILIK) MENGGUNAKAN KONSEP IBS - 3D PANEL BUILDING SYSTEM DI BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

30 Nov 2017

SH109/20179000404)

SEBUT HARGA CADANGAN KERJA-KERJA BAIKPULIH SISTEM PENYAMAN UDARA BERPUSAT JENIS WATER COOLED CHILLER DI INSTITUT BIOSAINS, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR

30 Nov 2017

SH108/201713501)

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENCUCIAN KAWASAN DALAM PEJABAT, LUAR PEJABAT DAN KAWASAN SEKITAR BANGUNAN INSTITUT TEKNOLOGI MAJU DI BLOK B, FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: http://spj.upm.edu.my

aktiviti
ikuti kami
C1511298690